Program Kursus Latihan Pengendali Makanan

19 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2024, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran bersama dengan NZ Bunga Venture. Program ini telah berlangsung selama 3 jam. Program ini dijalankan bermula pada jam 09.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Program ini diadakan bertujuan membantu para pengendali makanan khususnya usahawan pembuatan makanan dan pekerja kedai makan untuk mendapatkan sijil pengendali makanan. Untuk makluman, kegagalan mendapatkan sijil makanan dan suntikan boleh dikenakan denda sebanyak RM 2000.00 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program ini telah disertai seorang peserta yang menjalankan perusahaan berasaskan home based product.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali